HIBURAN

“Bella Ja Boleh Ubah YB…” Sarung Kostum ‘Superman’ Syed Saddiq Curi Tumpuan Di Majlis Hari Jadi Anak Bella Astillah

Umirah Halim 13/07/2025 | 23:55 MYT

Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq mencuri perhatian ramai apabila tampil all out menyarung kostum Superman dalam satu majlis sambutan hari jadi anak-anak pelakon dan penyanyi, Bella Astillah semalam.

Acara yang berlangsung meriah itu meraikan dua cahaya mata Bella iaitu Ayden Adrean yang kini berusia lapan tahun dan Ara Adreanna, lima tahun.

Majlis bertemakan superhero dan karakter animasi telah menyaksikan para tetamu tampil mengikut tema termasuk Syed Saddiq sendiri.

undefined
Penampilan Syed Saddiq sebagai Superman tidak terlepas daripada perhatian netizen yang terhibur dengan kesungguhannya bergaya demi meraikan anak-anak Bella.

“YB! Hahaha ingatlah asal usul anda dari Parlimen bukan Superman! Tapi tak apalah, demi Bella.

“Bella je boleh ubah SS (Syed Saddiq) jadi Superman.

“Comelnya, rosak dah YB kami. Bella saja boleh ubah YB!” komen beberapa netizen.

Selain itu, Bella sendiri tampil mengenakan pakaian seperti watak Moana manakala anak perempuannya Ara turut berpakaian sedondon. Ayden pula bergaya dengan kostum Iron Man.

Kek hari jadi Ayden pula dihias dengan gabungan watak Marvel dan DC seperti Hulk, Captain America, Superman serta Batman, manakala kek Ara bertemakan kartun popular Lilo & Stitch.

Majlis tersebut turut dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat Bella serta menjadi bualan di media sosial kerana kehangatan suasana dan semangat tetamu yang hadir menjayakan tema acara.



#Anak #Bella #Superman #Astillah #YB Syed Saddiq