Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Bella Ni Comel, Tak Tahu Pil Apa Dia Makan” - Syed Saddiq

Umirah Halim 23/12/2024 | 05:56 MYT
Hubungan rapat antara selebriti Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq semakin menjadi bualan netizen.

Syed Saddiq puji

Terbaharu, menerusi satu hantaran, dapat dilihat Syed Saddiq memuji kecomelan pelantun lagu CACACA itu semasa sesi siaran langsung di TikTok.

“Bella ni comel. Itu saya tak tahu pil apa dia makan,” ujar Syed Saddiq.
Bagaimanapun, sesi siaran langsung itu kemudiannya ‘diterjah’ oleh Bella bertanyakan kepada penonton perkara yang disembangkan.

undefined Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong sekiranya terdapat hubungan cinta antara Bella dan ahli politik tersebut.

“Kahwin jelah geram aku, aku pula yang rasa ‘butterfly’,”

“Saya rasa mereka sesuai berdua. Saya rasa Saddiq boleh didik dia jadi isteri yang taat,”

“Seperti pinang dibelah dua,”
“Nikah jelah kami sokong!”
BERITA TRENDING: Bella Astillah Menangis Bila Ayden Maklum Ada ‘Parents Day’ Di Sekolah - “Saya Rasa Kesian”
BERITA TRENDING: “Yang Ini Approved!” - Netizen Suka Lihat Telatah Comel Bella Astillah & Syed Saddiq Membebel, Berdebat Dalam Kereta
BERITA TRENDING: Dituduh Jual ‘Content’ Sedih & Anak-Anak Sepanjang Tahun, Bella Astillah Tampil Respons – “Ada Momen Bukan Saya Yang Rakam Tapi…”
Sekadar info, Bella Astillah sebelum ini pernah memuat naik hantaran video kerjasamanya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq untuk kempen pakaian sempena Aidilfitri tahun depan.
Pada 13 Jun lalu , Bella sah bercerai talak satu untuk kali kedua dengan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Hasil perkongsian hidup selama menjadi suami isteri, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

#comel #Bella #Syed Saddiq #Astillah #Pil
;