HIBURAN
Bella Sanggup Skip Kerja Demi Anak, Tersentuh Hati Bila Ayden Tanya - “Mummy, Betul Ke Sibuk, Tak Apa Kalau Datang Sekejap Pun…”
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah memilih untuk tidak menghadiri sesi latihan penuh (full dress rehearsel) semata-mata untuk menyokong anak sulungnya, Ayden Adrean sempena acara sukaneka di sekolahnya.
Tak sanggup tolak permintaan Ayden
Bella menerusi hantaran di akaun Instagramnya berkata dia bersyukur kerana dapat meluangkan masa bersama Ayden meskipun jadual seninya padat.“Berbaloi bangun awal semata-mata nak lihat senyuman Ayden. Mummy pilih untuk skip full dress rehearsal pagi ni hanya untuk ada di sisi Ayden hari ini, sebab momen macam ni sangat tak ternilai,” tulisnya.
Anak tetap paling utama
Lebih menyentuh hati, Bella mendedahkan Ayden sebelum ini tidak pernah meminta sesuatu yang lebih daripadanya namun kali ini anak sulungnya itu berulang kali bertanya sama ada dia akan hadir atau tidak ke acara tersebut.“Sayu rasa bila dengar. Alhamdulillah dapat juga tengok Ayden tadi. Momen-momen macam ni buat saya ingat, walau sesibuk mana pun hidup, berada di sisi dia akan sentiasa jadi keutamaan saya,” coretnya.“Anak saya tak pernah minta lebih, tapi untuk sukaneka ni dia asyik tanya, ‘Mummy, betul ke sibuk Sabtu ni? Tak apa kalau datang sekejap pun’.
Terdahulu, Bella mendedahkan Ayden pernah menjadi mangsa buli di sekolah.
Disebabkan itu, sebagai langkah berjaga-jaga dia sudah mendaftarkan anaknya itu dalam kelas taekwondo bagi melindungi dirinya sendiri.
Must-Watch Video