“Belum Ada Perancangan” - Soal Anak, Sufie Rashid Serah Pada Takdir
Azwa Rahman
25/09/2019 16:13 MYT
25/09/2019 16:13 MYT
Penyanyi Sufie Rashid dan pasangan, Nurulain Md Yusof belum membuat sebarang perancangan untuk memiliki cahaya mata.
Menurut Sufie, semuanya terserah pada takdir dan mengharapkan yang terbaik buat rumah tangga yang baru dibina.
“Kalau ada rezeki, Insya-Allah tapi semestinya kami mahukan cahaya mata dalam masa terdekat,” ulas Sufie kepada Gempak.
Sufie, 28 dan isteri, Nurulain ditemui ketika majlis resepsi pasangan ini yang diadakan di Glam Hall, Mercu Mustafa Kamal, Damansara Perdana pada Ahad.
Tambah Sufie lagi, perancangan untuk berbulan madu juga masih belum tertunai berikutan jadual persembahannya yang padat.
“Plan honeymoon dah ada, kalau boleh saya dan isteri nak mengembara ke Eropah selama sebulan tapi tengok pada keadaan dan masa lapang kami,” ujar Sufie lagi.
Pasangan tersebut sah diijabkabul tepat jam 9.30 pagi bertempat di Pulse Grande Hotel Putrajaya pada Jumaat.
Pada majlis pernikahan yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat itu menyaksikan Sufie menyerahkan Mas Kahwin sebanyak SGD300.00 dan sebentuk cincin.