Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

Belum Ada Tudung Raya? Cantiknya Tudung Corak Bunga Teluki Ini...

Amri Hassan 19/06/2017 | 09:00 MYT
Lagi seminggu umat Islam bakal menyambut kedatangan bulan Syawal dan seperti kebiasaan ramai yang masih gigih menyediakan kelengkapan saat akhir.
Bagi yang masih belum mempunyai idea untuk menyuai padan busana dan hijab pada pagi Syawal, koleksi Raya For All dari Tudung People adalah penyelesaiannya!
Bermotifkan corak floral pada cetakan fabrik lembut pada setiap helaian tudung, jenama itu juga menyediakan seleksi warna menarik yang semestinya melengkapi gaya raya.
Menambah elemen eksklusif, perhiasan batu Swarovski dan Jamaiki kristal ditambah dalam setiap rekaan.
Kata pemiliknya, Fazrena Aziz, rekaan terbaharu dilengkapi dengan warna ceria dan segar dan diilhamkan daripada keindahan bunga-bunga liar.
"Antara motif yang dipakai ialah bunga teluki dan ia menjadi fenomena masa kini bagi yang mahu kelihatan cantik dan sopan," katanya.
Kami berkesempatan menghadiri pertunjukan fesyen koleksi hijab Raya For All Tudung People baru-baru ini.
Sebanyak lima koleksi dipersembahkan pada pertunjukan tersebut iaitu Carnation Limited Edition, Zayra Swarovski, Arraynaa Diamant, Ary Solace Instant dan Le Orchid.
Jom layan koleksi terkini Raya For All Tudung People yang pasti membuatkan anda rambang mata!
Teks oleh: Amri Hassan
#Tudung #Raya For All #Tudung People
;