Hiburan

Belum Apa-Apa Sudah 1.2 Juta Tontonan? Teaser & Trailer Mael Totey Buat Peminat Tak Senang Duduk!

Hanafis Haris
16/10/2020
07:14 MYT
Bermula dengan menerbitkan video pendek secara spontan di YouTube, siapa sangka pengarah muda, Syahmi Sazli, 25, kini bakal tampil dengan sebuah karya filem berjudul Mael Totey.
Masih menampilkan Yoe dan Asif sebagai pelakon, kali ini peminat akan melihat sendiri Syahmi memegang watak utama iaitu Mael.
Malah, sejak semalam, filem Mael Totey telah banyak diperkatakan di media sosial apabila video trailer sudah mula dimuat naik di YouTube.
Sehingga artikel ini ditulis, trailer rasmi yang dimuat naik di akaun YouTube Syahmi Sazli telah pun ditonton sebanyak 192,000 kali dan berada di kedudukan ke-14 video paling trending.
Tidak cukup dengan itu, trailer sama yang dimuat naik di akaun YouTube Astro Gempak dan Astro Shaw juga tidak kurang hebat apabila masing-masing meraih sebanyak 16,000 dan 3,400 jumlah tontonan.
Namun, apa yang paling mengagumkan adalah video teaser berdurasi 30 saat dimuat naik di Facebook Syahmi Sazi Production telah mencecah tontonan 1.2 juta! Hebat bukan?
Rata-rata peminat dilihat teruja dengan sedutan babak filem berkenaan dan kebanyakannya tidak sabar menantikan tarikh tayangan Mael Totey.
Untuk makluman, filem Mael Totey mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamanya, Yaya.
Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama ‘teacher’ sendiri.
Konflik antara Mael, Teacher, dan Yaya diselesaikan oleh 4 budak istimewa (Asif, Yoe, Yatin & Bedul.
Jangan lupa saksikan Mael Totey di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480, 22 Oktober ini!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”

gempak
25/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Zizan Razak mengakui banyak menerima DM dan mesej daripada kenalan serta peminat mengenai namanya yang didakwa diletakkan dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.
Filem

Mawi Tak Cepat Sentap, Terima Filem Dikritik Dengan Hati Terbuka - “Saya Okay, Sendiri Tahu Kelamahan”

gempak
25/07/2024
04:50 MYT
Walaupun filem Zim Zim Ala Kazim mendapat kutipan melebihi RM3 juta namun penyanyi dan pengarah, Mawi, 43, juga tidak terlepas daripada menerima kritikan.
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).
Hiburan

Adidas Mohon Maaf Pada Bella Hadid - "Kami Melakukan Kesilapan Yang Tidak Disengajakan"

gempak
25/07/2024
02:30 MYT
Syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas memohom maaf kepada supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid.