“Belum Bertunanglah… Masya-Allah” – Wani Kayrie Perjelas Foto Bersama Afieq Shazwan

Mya Amri
Jun 24, 2019 14:11 MYT
Penyanyi Wani Kayrie menjelaskan timbul salah faham mengenai foto di majlis pertunangan kakak kepada Afieq Shazwan.
Wani menjelaskan perkara itu menerusi kemas kini terbaru diakaun Instagramnya semalam.
Menurut Wani, dia berharap dengans penjelasan itu tidak ada lagi timbul salah faham mengenai perkara tersebut.
“Okay mungkin ramai dah salah faham kot ni. Wani belum bertunang lah Masya-Allah. Takde sarung cincin lagi pun jangan risau.
“Apa pun, tahniah Kak @riniayien kakak kepada @afieq.shzwn atas pertunangan yang berlangsung dua hari lepas. Semoga dipermudahkan segalanya ya!” tulisnya.
Bagaimanapun menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya tidak kisah sekiranya pasangan ini bertunang dan merestui hubungan mereka berdua.
“Eh mau betoi pon tak salah… Kami always support Wani tauu,” komen @iam_aidakechik
“Kalau bertunang betul-betul pun apa salahnya dua-dua @wanikayrie & @afieq.shzwn masih available. Bukan hak siapa-siapa pun. Apa-apa pun semoga kalian berdua ada jodoh bersama. Amin,” doa @shidaabd26
Terdahulu, hubungan rapat kedua penyanyi ini mula mendapat perhatian selepas mereka menyertai program Big Stage tahun lalu.
#Wani Kayrie #Afieq Shazwan