Hiburan
“Belum Dapat Keputusan Doktor” - Demam & Muntah-Muntah Azharina Masuk Wad
Juara Gegar Vaganza musim ketiga (GV3), Azharina Azhar dimasukkan ke hospital kerana keadaannya yang kurang sihat dan tidak bermaya.
Difahamkan Azharina atau lebih mesra dengan panggilan Nina mengalami demam, cirit-birit dan muntah-muntah sejak semalam.
Berita itu dimaklumlan oleh kakak angkatnya menerusi akaun Facebook Nuraisyah Tan hari ini.
“Assalamualaikum semua, semalam Nina dimasukan ke wad kerana demam, cirit-birit, muntah-muntah.
“Dah banyak kali dah tak bermaya Azharina Azhar Azharina Binti Azhar (adik angkat) akak doakan Nina semoga cepat sembuh.
“Semoga semua di permudahkan urusan Amin. Sama-sama kita semua doakan Nina cepat sembuh Amin,” tulisnya.
Sementara itu, Nina juga turut memuat naik posting terbaru mengenai kondisi dirinya menerusi Facebooknya sebentar tadi.
“Asalamualaikum. Sujud syukur kami kerna Nina suda boleh duduk dan bercakap walaupun slow.
“Buat masa ini kami belum dapat sahkan apa apa keputusan doktor. Harap semua yang mencari siap text memaafkan kekhilafan saya insan biasa ada waktunya saya sakit.
“Doakan kesembuhan saya. Jutaan sayang dan terima kasih buat kakak Nina, Nuraisyah Tan yang senantiasa ada dekat dengan Nina.
“Menjaga Nina siang malam lebih dari keluarga sendiri walaupun dengan kesibukan beliau berniaga masih punyai waktu buat wanita ini… Dialah ibu, dialah nenek, dialah kakak, dialah bapa pada kami anak-beranak,” tulisnya.
Dalam pada itu, ruangan komen Facebook Nina dihujani dengan ucapan peminat yang mendoakan supaya penyanyi kesayangan mereka cepat sembuh dan mendapat rehat secukupnya.
Foto: Facebook Azharina Azhar
Must-Watch Video