Hafiz Suip menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri mengapa belum mendedahkan wajah anaknya.
Menurut Hafiz dia menghormati pantang larang yang diajar dari turun temurun keluarganya.
Penyanyi lagu Awan Nano itu menjelaskan perkara tersebut selepas ramai yang bertanya kenapa hingga kini tidak mendedahkan wajah anaknya.
Menerusi entri tersebut, Hafiz turut memuat naik fotonya mendukung bayinya sambil menutup wajah anaknya dengan tangan.
Hafiz dan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah berkahwin pada 14 Mei 2016.
Foto: Instagram Hafiz Suip
Teks oleh: Syafiqah Jalal