Pelakon Sharnaaz Ahmad, 36, meluahkan rasa gembira apabila dapat meluangkan masa bersama anak lelakinya, Jebat Jayden Ahmad di kediaman miliknya.

Menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata kehadiran Jebat ke terataknya itu sudah memasuki kali ketiga sejak dilahirkan.

"Selama dua hari itu (Ahad dan Isnin), Jebat datang pagi kemudian balik petang. Keseluruhan dah tiga kali Jebat datang sejak dilahirkan.

"Kali pertama Jebat datang pada pukul 8 malam dan balik 10 malam. Sebab ikut mahkamah, empat tahun baru boleh bermalam. Itu memang kenangan paling indah untuk saya," katanya menerusi kiriman WhatsApp.

Sebelum ini, Sharnaaz ada memuat naik sebuah video pendek yang merakam memorinya bersama Jebat di Instagram (IG).

Menerusi perkongsian itu, pelakon filem Polis Evo 3 menyedari Jebat mula menggemari dengan alat muzik, gitar.

"Sekarang ni dia tengah explore apa yang ada di rumah saya.

"Rumah saya biasa-biasa sahaja, tak perlu kaya untuk bahagia.. Itu yang penting.

"Saya pun baharu sahaja tahu yang Jebat ni suka gitar," katanya.



Terdahulu,Sharnaaz dan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 namun bahtera yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada 9 Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia dua tahun setengah.