Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Belum Dijangkiti Covid? Anda Mungkin Tak Ramai Kawan!

Hanafis Haris
25/03/2022 05:01 MYT
Agak mengejutkan dan pada masa sama ‘melucukan’ apabila ada teori mendakwa individu yang belum dijangkiti virus Covid-19 adalah golongan yang tidak mempunyai ramai kawan.

Perkara itu disuarakan oleh seorang doktor daripada Korea Selatan.

Menurut Naib Presiden Persatuan Vaksin Korea Ma Sang-hyuk, orang dewasa yang belum dijangkiti COVID-19 adalah mereka yang mempunyai masalah interpersonal.

"Masalah interpersonal adalah metafora untuk menekankan bahawa jangkitan virus itu tidak dapat dielakkan.

"Jika anda tidak mempunyai rakan yang dijangkiti sekarang, anda tidak mempunyai kawan”.

Jelasnya, sistem perubatan negara perlu disusun semula supaya orang yang didapati positif mendapat rawatan segera.

“Adalah malang bagi mereka yang meninggal dunia akibat COVID-19, tetapi kita juga perlu memikirkan mereka yang tidak dapat pergi ke hospital walaupun mereka sakit dan mengalami ketakutan dan kesakitan di rumah. Mereka sepatutnya berhak menerima rawatan,” katanya.

Difahamkan, sehingga pagi Selasa lalu, jumlah kumulatif kes yang disahkan di Korea Selatan berjumlah 9.93 juta iaitu hampir satu daripada lima orang di negara itu telah diuji positif.

Sumber : Koreaherald










#Kawan #Covid #Sang-hyuk
;