HIBURAN
Belum Fikir Kahwin, Cakra Khan: “Saya Tidak Boleh Fokus Banyak Bidang”
Penyanyi Cakra Khan mengaku masih belum memikirkan soal jodoh atau mencari pasangan hidup meski usia sudah masuk 33 tahun.
BERITA TRENDING: Selepas 11 Tahun, Cakra Khan Akhirnya Muncul Dengan Album Kedua & Bakal Adakan Konsert Solo - “Apa Yang Pasti…”
BERITA TRENDING: Cakra Khan Simpati Razman Razmi Dipukul: “Tapi Bukan Hak Saya Bertanya”
Menurut pemilik lagu Kekasih Bayangan itu, selain mementingkan karier dia juga tidak mampu memberi fokus kepada beberapa bidang.
“Saya memang belum fikir (jodoh). Saya fokus terhadap pekerjaan dan keluarga dulu.
“Saya juga tidak boleh fokus pada banyak bidang. Buat masa ini fokus saya kepada muzik. Kemudian saya ingin belajar membuka bisnes.
“Kalau soal jodoh, saya fikir biar ia mengalir (datang sendiri) nanti,” katanya Cakra Khan seperti dilaporkan Liputan6.com.
Cakra bagaimanapun sempat berkongsi kriteria wanita yang mahu dijadikan sebagai kekasih atau isteri.
Bagi Cakra, wanita yang akan menjadi pendamping dirinya perlu memahami pekerjaannya.
“Yang penting dia mengerti pekerjaan saya. Yang tidak terlalu sukar memahami saya.
“Tapi yang penting sekarang saya mahu mencapai kejayaan dan memanfaatkan waktu untuk saya terus berkarya,” katanya.