Apple iPhone 11 baru saja dilancarkan beberapa minggu lalu dan telah menyaksikan sebanyak tiga model diperkenalkan iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.

Namun, belum reda fenomena iPhone 11, muncul pula rekaan iPhone 12 yang telah menjadi perhatian wargamaya ketika ini.

Menerusi laman web Bgr.com, iPhone 12 telah menampilkan rekaan terbaru yang memperlihatkan gabungan antara iPhone 11 dan iPhone 4.

Berdasarkan imej tersebut, elemen iPhone 4 jelas terlihat menerusi penggunaan logam yang mengelilingi peranti iPhone terbaru itu.

Jika benar rekaan ini digunakan pada model iPhone akan datang, pastinya ia akan digemari kebanyakan pengguna memandangkan rekaan iPhone 4 antara yang paling diminati ramai.

Dalam pada iitu, pendedahan imej iPhone 12 juga mendapati tiada lagi takuk atau 'notch' pada bahagian skrin hadapan.

Kesemua sensor serta kamera depan telah dikecilkan dan dianjak kepada penghujung atas skrin.

Anda boleh lihat rekaan penuh di bawah: