Belum Habis Isu Baju Ular Jihan, Pakaian Wany Hasrita Pula Viral! Ini Kenyataan Pereka Fesyen Behati...
Asraf Aided
16/12/2020 05:03 MYT
16/12/2020 05:03 MYT
Isu hos Jihan Muse yang memakai pakaian bercorak ular di pentas akhir Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) Ahad lalu masih diperkatakan, kini giliran pakaian Wany Hasrita pula yang tular!
Manakan tidak, persembahan Wany di konsert Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) malam tadi menerima pelbagai kritikan dari netizen.
Menerusi tinjauan Gempak di YouTube dan Twitter, ramai netizen yang tidak menyukai imej Wany dan lebih suka jika penyanyi itu mengekalkan imej lamanya sahaja.
Pada masa yang sama, ada juga yang mengatakan Wany hanya menjadi bahan eksperimen pereka fesyen.
Ekoran itu, Gempak telah menghubungi pereka fesyen jenama Behati yang menaja pakaian Wany malam tadi untuk mendapatkan komen daripada pihaknya.
"Bagi saya, paling penting Wany selesa memakai pakaian itu, saya reka pakaian berdasarkan personaliti pemakai.
"Wany ada memberitahu saya ketika fitting, dia merasakan pakaian itu meningkatkan keyakinan dirinya untuk membuat persembahan malam tadi, dan selepas habis persembahan dan membaca komen netizen pun, Wany masih tetap dengan pendiriannya dan berpihak kepada Behati.
Bercakap mengenai netizen yang melabelkan Wany sebagai fashion victim, Kel lebih selesa menggelarkan Wany sebagai fashion killer kerana baginya, amat penting untuk seseorang artis bereksperimen dengan fesyen.
"Pada pendapat saya, Wany lebih sesuai digelar fashion killer, dia berada di tahap yang sesuai untuk memperkenalkan imej baru dirinya.
"Sebagai artis, amat penting untuk mereka bereksperimen dengan fesyen untuk menjadi ikon muzik, kita lihat sahaja penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, kita nampak perkembangan gaya fesyen beliau dari semasa ke semasa.
"Tok Ti sentiasa cuba untuk memperbaharui dirinya dalam pelbagai cara, dan perkara itulah yang dihargai oleh para peminatnya, Tok Ti tak pernah ketinggalan dan sentiasa maju kehadapan," katanya lagi.
Ditanya sama ada sengaja merancang untuk koleksi pakaiannya menjadi viral, Kel menjelaskan dia mereka pakaian bukan sekadar untuk disukai, tetapi untuk membuatkan orang ramai bercakap tentang fesyen.
"Saya dan jurugaya Abu Shaef Hamza berkongsi visi yang sama di mana kami suka tampil lain dari yang lain dalam industri fesyen Malaysia.
"Kami bukan hasilkan pakaian untuk sekadar menerima pujian cantik yang hanya membuatkan orang memberi emoji berbentuk hati, tetapi kami mahu orang bercakap tentang fesyen.
"Matlamat kami adalah untuk menjadikan artis sebagai ikon, tugas saya adalah menghasilkan trend dan sudah tentu apabila kita menghasilkan sesuatu yang baru, ia akan mendatangkan konflik dan impak dari segi sosial," jelasnya.
Tambah Kel, dia sedih apabila segelintir masyarakat menjadikan fesyen sebagai bahan jenaka.
"Behati mula dengan Baju Melayu oversized, saya sudah biasa dengan netizen yang menjadikan ia bahan jenaka.
"Pada mulanya, saya hanya ketawa kerana kelakar, tetapi lama-kelamaan saya sedari perkara yang sama berlaku kepada pereka fesyen lain.
"Saya sedih kerana segelintir rakyat Malaysia sebenarnya menjadikan fesyen sebagai bahan jenaka, ia telah menjadi kebiasaan untuk membandingkan fesyen dengan makanan atau sesuatu yang lain berbanding menghargai keindahan yang terkandung dalam sesuatu rekaan.
"Saya tak pernah reka pakaian untuk kelihatan seperti makanan atau benda lain untuk menjadikan ia viral, apa jua rekaan saya curahkan dalam Behati, ia adalah tulus dari nilai aesthetic yang saya adunkan bersama personaliti seseorang artis," tuturnya menutup bicara.
Dalam persembahan malam tadi, Wany mempersembahkan lagu Belenggu Rindu duet bersama Datuk Jamal Abdillah.
Lagu tersebut telah diumumkan mara ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) akan datang.