Belum Habis Pantang, Anak Kedua Almy Nadia Pula Dijangkiti Influenza A

Zulaikha Yusof
Disember 26, 2018 09:59 MYT
Pelakon dan isteri kepada aktor Datuk Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia memohon kepada semua pihak untuk mendoakan anak keduanya, Aurora kembali sihat seperti biasa.
Menerusi entri di Instagram milik Almy, dia memberitahu Aurora terpaksa dikuarantin sehingga sihat akibat demam Influenza A.
Almy yang baru sahaja melahirkan anak ketiganya pada 15 Disember lalu, memberitahu Fizz pula terpaksa ke Singapura untuk menghadiri Celebfest pada keesokkan harinya.
"Tolong doakan my princess aurora cepat sembuh..Demam influenza A..kuarantin jawabnya.
"Esok papanya nak gi Singapore untuk celebfest pulak.
"Nasib mama dah kuat syukur alhamdulillah..Doakan anak mama cepat sembuh ya semua," tulis Almy.
Rata-rata peminat dan pengikut laman Instagram Almy meninggalkan komen positif dan mendoakan agar Aurora segera sembuh.
Almy mendirikan rumah tangga dengan Fizz pada tahun 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata Arianna, Aurora dan Nurafrina Ayra.
#Fizz Fairuz #Almy Nadia #Almy Nadia