Atlet sukan seni bela diri campuran (MMA) dan pelakon filem Sangkar, Andy Teh seolah-olah memberi bayangan akan kemunculan filem Sangkar 2.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah kemas kini di laman Twitter miliknya.

Dalam kemas kini tersebut, Andy berkongsi foto ketika bersenam di gymnasium berserta kapsyen berbunyi :

"Sunday vibes, preparing for Sangkar 2?" tulisnya ringkas.

Adakah Andy benar-benar maksudkan apa yang ditulisnya itu atau ia hanyalah satu gurauan? Sama-sama kita nantikan.Sedikit info mengenai Sangkar, filem arahan Kabir Bhatia ini menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Sangkar juga turut memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama dan banyak lagi

Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang masih ditayangkan di 108 pawagam seluruh negara.

Selain itu, ia juga ditayangkan di Brunei dan Singapura, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!