Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Belum Ke Tahap 'Slip Disc' Tapi Zain Saidin Masuk Hospital Kerana 'Thinning Disc'

Fiza Kamarudin 20/06/2020 | 15:21 MYT

Pelakon, Zain Saidin mengesahkan sedang menerima rawatan di di sebuah pusat perubatan apabila mengalami sakit bahagian belakang, Selasa lalu.

Zain sebelum itu dimasukkan ke hospital akibat jangkitan pundi kencing minggu lalu berkata, doktor memaklumkan kesakitan yang dialami dipanggil 'thinning disc'.
"Setiap kali tengah rukuk waktu bersolat, saya akan terasa sakit di bahagian belakang. Begitu juga jika saya kerap bangun dan duduk.
"Ingatkan mula-mula sakit disebabkan masalah jangkitan pundi kencing yang dialami sebelum ini. Bagaimanapun, doktor memberitahu ia bukanlah penyakit kronik dan masih di peringkat awal.
“Kemungkinan punca sakit yang dialami disebabkan saya mengangkat berat ketika melakukan senaman di gimnasium.
"Doktor beritahu kesakitan yang dialami sesuatu yang normal dan belum sampai ke tahap 'slip disc'," katanya.
Tambah Zain lagi doktor turut menyarankan dia menjaga pemakanan dan mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi kolestrol tinggi.
"Saya tak boleh makan makanan tinggi kolestrol serta berminyak, keju dan mentega. Pada usia sekarang saya dinasihatkan menjaga pemakanan sebab bacaan kolestrol saya tinggi.
“Bimbang pula jika tidak dijaga boleh menyerang jantung," katanya.

Sumber: Harian Metro

#Che Ta #Zain Saidin #hospital #Hospital
;