Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Belum Kering Dah Mandi Lagi!" - Syahrini & Suami Kerap Mandi Gara-Gara...

Asraf Aided
09/09/2020 10:24 MYT
Penyanyi popular Indonesia, Syahrini akui dia lebih kerap mandi sejak kebelakangan ini kerana bimbang dengan penularan wabak COVID-19.

Memetik laporan media di Indonesia, Syahrini mengatakan, suaminya Reino Barack juga melakukan perkara sama sepertinya.

Syahrini mendedahkan perkara itu menerusi sebuah program temu bual saluran YouTube SCTV baru-baru ini.

Menjawab kepada salah satu soalan yang ditanya pengacara Raffi Ahmad, Syahrini secara terbuka mengakui dia dan suami mempunyai perangai sama sejak kebelakangan ini.

"Kami berdua kerap mandi sejak penularan COVID-19, kami mandi kerana takut, belum kering, kami akan mandi lagi," kata Syahrini.

Tidak berdiam diri, Raffi memberi respon dan bersetuju dengan pendapat Syahrini itu.

"Mandi memang satu keperluan terutamnya ketika dalam keadaan kita berhadapan pandemik sebegini," balasnya.

Sumber : liputan6.com

#Penyanyi #Indonesia #Penyanyi #Syahrini
;