Sekali lagi menjadi perhatian warganet, pelakon cantik Fathia Latiff seakan tidak lekang dengan kontroversi.

Menerusi laman Twitter, seorang wanita yang menggunakan nama Syilala meluahkan perasaan tidak puas hati apabila pelakon itu didakwa menjatuhkan air mukanya apabila Fathia menegur.

Syilala menceritakan perkara terbabit di laman Twitter menerusi sebuah 'thread'.





Perkongsian Syilala itu menjadi perhatian netizen dan tular di laman sosial.

Tidak berdiam diri, Fathia membalas kenyataan Syilala menerusi ruangan Instagram Stories (IGS) dan pelakon itu seakan berang apabila tindakannya menegur kening wanita terbabit telah menjadi tular.



Namun begitu, status terbabit telah pun dipadamkan selepas ia dimuat naik.

Sebelum ini, Fathia menggemparkan dunia seni selepas membuat keputusan untuk membuka tudung selepas beberapa tahun berhijab.