Seperti diketahui ramai, filem Proksi telah menjengah pawagam rumah anda menerusi Astro First (saluran 480) sejak 18 November lalu.

Filem ini sememangnya mendapat respon positif oleh pencinta filem tanah air yang telah menontonnya.

Manakan tidak, selain kualiti filem dan penceritaan, barisan pelakon yang ditampilkan juga bukan calang-calang!

Proksi menampilkan pelakon handalan seperti Bront Palarae, Allahyarham Ashraf Sinclair, Sangeeta Krishnasamy, Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein, Siti Saleha dan ramai lagi.

Sudah tentu para peminat bagi setiap bintang itu berminat untuk menonton pelakon kesayangan mereka dalam filem terbaru, tambahan lagi filem aksi seperti Proksi.

Jadi, kepada anda yang masih belum menonton Proksi, hujung minggu ini adalah masa yang tepat untuk anda menontonnya di rumah. Tak perlu keluar, relaks sahaja sambil bersantai bersama keluarga ataupun rakan-rakan.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Proksi yang memaparkan kisah berkaitan isu penyebaran berita palsu dan aktiviti penggodam. Kejadian sebegini sememangnya berlaku di alam realiti dan tidak boleh dipandang ringan.

Untuk melanggan sila ke Astro First, saluran 480 atau strim di Astro Go atau On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.