Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Belum Lulus Atau Jadi Hak Eksklusif” - Isu Harimau Menangis, MyIPO Nasihat Ibu Neelofa Supaya Tidak...

Hanafis Haris
14/01/2021 00:41 MYT

Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) menasihati ibu kepada kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed supaya tidak mendahului pihaknya apabila mendakwa jenama Harimau Menangis telah didaftar sebagai cap dagangan dan menjadi hak eksklusif.

Perkara itu dijelaskan menerusi satu kenyataan dikeluarkan Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Mohd Roslan Mahayudin.

Menurut beliau, permohonan daripada Noor Kartini untuk mendaftarkan jenama Harimau Menangis baru diterima oleh MyIPO pada bulan November tahun lalu.

Walaubagaimanapun sehingga kini ia masih lagi dalam peringkat pemeriksaan.

“Sehubungan itu, jenama Harimau Menangis yang dipohon belum lagi diluluskan dan belum menjadi hak eksklusif.

“Permohonan itu sama ada diluluskan ataupun tidak, bergantung kepada hasil pemeriksaan dan pertimbangan oleh MyIPO,” katanya.

Beliau berkara demikian sebagai mengulas isu jenama Harimau Menangis keluaran Noor Kartini menerusi syarikatnya Noor Khan Enterprise yang tular sejak semalam.

BACA: “Letaklah Harimau Mengilai Ke, Harimau Beranak Ke, Harimau Kentut Ke” - Ibu Neelofa Mohon Maaf

Menurutnya lagi, MyIPO akan memproses permohonan tersebut seperti biasa yang mana sebarang keputusan dibuat adalah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Cap dagangan bererti apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain,” katanya.

Anda boleh lihat kenyataan penuh di bawah.



#Neelofa #MyIpo #Harimau menangis