,
Hiburan

Belum Mohon BPN 2.0? Lakukan Segera Sebelum 15 November

Hanafis Haris
09/11/2020
05:45 MYT
Orang ramai yang memenuhi syarat kelayakan untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dinasihatkan supaya membuat permohonan dengan segara.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyarankan supaya individu yang layak memohon, melakukannya selewat-lewatnya Ahad ini.
“Pihak LHDN mengingatkan orang ramai yang bukan penerima BPN sebelum ini dan memenuhi syarat kelayakan ditetapkan supaya memohon segera, selewat-lewatnya sehingga 15 November ini.
"Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://bpn.hasil.gov.my/ atau melalui penghantaran borang manual ke pejabat LHDNM yang berdekatan.
"BPN 2.0 adalah di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Kita Prihatin) bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.
“Bagi permohonan baharu yang lulus, pembayaran akan dibuat pada Januari 2021,” kata kenyataan tersebut.
Justeru, orang ramai boleh melayari portal BPN di https://bpn.hasil.gov.my/ untuk muat turun syarat permohonan dan Soalan Lazim (FAQ) berkaitan bantuan ini.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh diajukan kepada LHDNM melalui :
  • Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara)
  • HASiL Live Chat
  • Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM.
Terdahulu, bayaran fasa pertama BPN 2.0 berjumlah RM7 bilion telah disalurkan kepada 10.6 juta penerima BPN sedia ada mengikut kategori isi rumah dan individu bujang, secara berperingkat bermula 26 Oktober lalu.
Pecahan bayaran fasa pertama BPN 2.0 berjumlah RM4.8 bilion bagi kategori pertama penerima adalah isi rumah B40 yang akan menerima RM1,000 sementara RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang.
Manakala kumpulan ketiga adalah 1.4 juta isi rumah M40 akan menerima RM600 sementara 1.7 juta kumpulan M40 bujang akan menerima RM300.
Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung Oktober dan keduanya pada Januari 2021.
Kredit Foto: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
30/10/2024
03:25 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Unitar