Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Belum Pernah Sekali Pun Manja Main Golf Dengan Shuib” - Ibu Shuib Jawab Dakwaan Netizen

Mya Amri
26/06/2023 23:47 MYT
Ibu kepada pelawak Shuib iaitu Salamiah Jalani tampil menjawab dakwaan netizen yang mengatakan anaknya pernah bermain golf bersama Watie ketika arwah Siti Sarah masih hidup.

Salamiah memberikan kenyataan menerusi ruangan komen di hantaran terbaharu Shuib pada Isnin.

Menurut Salamiah, anaknya itu tidak pernah keluar bermain golf bersama Watie sebelum ini seperti yang didakwa.

“Ye mama tahu. Masa arwah masih ada belum pernah sekali pun manja (panggilan Watie) main golf dengan shuib… Inilah baru nampak selepas sah menjadi isteri,” jelasnya.


Sehingga kini, komen Salamiah itu mendapat lebih 400 tanda suka.

ARTIKEL BERKAITAN: Dengan Sekali Lafaz, Shuib & Watie Kini Sah Suami Isteri


ARTIKEL BERKAITAN: Gabra Momen 'Blackout', Air Mata Sebak Watie & Bapa Arwah Siti Sarah, Ini 10 Kisah Menarik Majlis Kahwin Shuib-Watie


ARTIKEL BERKAITAN: Ditanya Tentang Zuriat, Ini Jawapan Watie - “Saya Ambil Keputusan Untuk Jaga Anak-Anak Yang Ada Dulu”

Terdahulu, nama Shuib dan Watie menjadi bualan netizen selepas pasangan ini berkongsi foto mereka sedang seronok bermain golf.

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Bagaimanapun hantaran di akaun Instagram Shuib menerima banyak komen negatif susulan kapsyen yang ditulis pelawak itu.

Kapsyen tersebut memberitahu bahawa ini adalah kali pertama Shuib bermain golf bersama Watie.

#Siti Sarah #Netizen #Shuib #Shuib Watie #Watie Hanifiah #Ibu Shuib #Salamiah Jalani
;