Anggota BIGBANG, Seungri mendedahkan dirinya belum mempunyai kekasih.

Menurut Seungri jadual kerja yang terlalu padat menyebabkan dia belum terfikir atau merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

“Saya masih belum ada perancangan untuk berkahwin. Jika hubungan saya baik dengan kekasih pun, akhirnya saya tetap perlu fokus pada kerja.

“Tidak tetap hanya kepada satu negara, kerja saya memerlukan saya menjelajah dari satu negara ke negara yang lain untuk tujuan promosi.

“Lagipun buat masa ini saya masih solo dan tidak mempunyai kekasih,” ujarnya.

Seungri menjelaskan perkara itu dalam program ‘Knowing Brothers’ yang bersiaran baru-baru ini.

Terdahulu, anggota termuda BIGBANG ini pernah digosipkan dengan pelakon Indonesia Raline Shah kerana aktres itu sering memuat naik foto bersama Seungri di akaun Instagramnya.

Sumber: Allkpop