Belum Reda Dikecam Kerana Punggung, Nora Danish 'Belanja' Foto Santai Di Langkawi

Izwan Isa
September 17, 2021 11:55 MYT
Nama Nora Danish menjadi hangat sehari dua ini selepas pelakon tersebut mengemas kini akaun Instagramnya dengan beberapa keping foto yang disifatkan netizen sebagai mencolok mata.
Nora pertama kali menerima kecaman selepas memuat naik gambar yang menayangkan bahagian belakang tubuhnya di Instagram sekitar tiga hari lalu.
Pada ruangan kapsyen, Nora yang menyarungkan celana jean sendat dan baju berona putih menulis: “Ghost buster!”.
Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, ramai yang menegur perbuatannya itu kerana dianggap kurang bersesuaian untuk menjadi tatapan umum.
“Tunjuk kat suami sudah la…” tulis salah seorang pengguna Instagram pada ruangan komen.
Kemudian, terdapat juga pengikut yang meninggalkan komen berbaur sindiran terhadap pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Puteri itu.
“Ada yang besar tapi bukan pahala,” ujar netizen.
Begitupun, terdapat juga peminat yang memberikan teguran murni dan menasihati Nora untuk menjaga pemakaiannya.
“Akak Nora, akak dah cantik dah. Kan manis labuh sikit… insya-Allah lagi cantik. Saya peminat akak dari kecil,” tulis peminatnya.
Belum habis namanya menjadi hangat di Internet, momen momen yang dirakamkan Nora yang kini bercuti di Pulau Langkawi turut menarik perhatian netizen.
Ini termasuklah foto dirinya memakai pakaian berwarna putih yang dianggap agak seksi buat tatapan umum. Kemudian, Nora juga ada berkongsi momen dirinya bersama suami, Nedim, yang sedang berendam dalam sebuah kolam.
Namun, ruangan komen bagi sesetengah gambar termasuk gambarnya bersama suami di kolam renang telah dinyah aktif menyebabkan pengikutnya tidak boleh meninggalkan komen.
Nora dan suaminya, Nedim Nazri serta anak, Mohamed Neqayl Nedim tiba di pulau peranginan tersebut semalam. Turut mengikuti percutian tersebut adalah rakannya, Puteri Zarith.
#Anak #Nora Danish #Bercuti #Suami #Langkawi