Terkini

Belum Rezeki, Puteri Khareeza Mengalami Keguguran - “Allah Bagi Rasa…”

gempak
Asyraf Roslan
05/12/2024
04:25 MYT
Sponsor Banner
Belum Rezeki, Puteri Khareeza Mengalami Keguguran - “Allah Bagi Rasa…”
Penyanyi dan pelakon, Puteri Khareeza berkongsi berita sedih apabila dia mengalami keguguran cahaya mata pertama menerusi sebuah hantaran dilaman Instagram story, pada Rabu.
Menerusi perkongsian tersebut pelantun lagu Duka Sebalik Tawa itu, dia reda dengan rezeki yang dikurniakan kepadanya meskipun hanya lapan minggu sahaja.
“Allah bagi rasa 8 minggu. Belum rezeki lagi, InsyaAllah nanti,” katanya.
Bekas finalis Big Stage musim kelima itu juga berterima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatannya.
Sekadar info, Puteri Khareeza dan Mohd. Shukor Khamaruddin telah selamat mendirikan rumah tangga pada 24 Februari lalu selepas empat bulan berkenalan dalam media sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live