Pelakon Sherry Ibrahim akui sedang mengenali seorang teman istimewa.

Memetik laporan HLive, Sherry memilih untuk tidak terlalu mendedahkan perkara itu kepada umum buat masa ini.

"Ya, saya akui sedang mengenali seseorang, namun buat masa ini saya tidak mahu terlalu mendedahkan perkara ini kepada umum.

"Selagi saya belum sah bergelar isteri, lebih elok jika saya simpan dahulu perkara itu hanya untuk diri saya sahaja.

"Jika diperhatikan, sebelum ini pun saya memang jarang kongsi kisah peribadi kepada umum, jadi doakan yang terbaik untuk saya,"
ujarnya.

Sedikit info mengenai Sherry, pelakon kelahiran Petaling Jaya ini mulai aktif di industri hiburan tanah air pada sekitar tahun 2006 dan masih berjaya mengekalkan namanya sehingga kini.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).