Penyanyi Haqiem Rusli mengakui dirinya masih belum mempunyai kekasih selepas hampir dua tahun putus cinta.
Menurut Haqiem, dia ingin memberi fokus sepenuhnya kepada kerjayanya yang sedang meningkat naik sekarang ini.
"Kegagalan bercinta sebelum ini masih berbekas dalam diri jadi saya mengambil keputusan untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya dan keluarga.
"Perjalanan kerjaya saya masih jauh dan banyak lagi harus saya capai sebelum mengambil keputusan untuk bercinta.
"Saya tidak mahu kerjaya seni saya diganggu dengan soal cinta buat masa ini kerana banyak masa saya dihabiskan di studio merakam lagu.
"Lagipun bidang seni adalah cabang kerjaya yang saya cari selama ini dan saya tidak mahu sia-siakan peluang yang ada," katanya kepada Astro Gempak.
Haqiem berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman pencalonan awal Top 20 Anugerah Meletop Era (AME 2018), di Hotel Hilton Kuala Lumpur, baru-baru ini.
AME 2018 bakal dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad, 8 April 2018 bermula pukul 9 malam di empat buah saluran utama iaitu Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Astro Maya HD (134).
Sebanyak 16 kategori dipertandingkan dan penonton diberikan kuasa sepenuhnya untuk menentukan pemenang.
16 kategori yang dipertandingkan ialah, Lagu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Hos MeleTOP, Drama MeleTOP, Filem MeleTOP, Pelakon MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, Program Radio MeleTOP, Artis Baharu MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP, Fesyen MeleTOP, Program MeleTOP, Si Cilik MeleTOP, Couple MeleTOP dan Penyampai Radio MeleTOP.
Undian fasa pertama mula dibuka mulai 22 Januari 2018 bermula 6 petang hingga 23 Februari 2018 untuk anda menentukan lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal.
Undian boleh dibuat secara online di tiga buah platform iaitu di laman web rasmi www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi ERA dan aplikasi RAKU yang boleh dimuat naik secara percuma di App Store dan Google Play Store.
Seterusnya undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori pula boleh dibuat menerusi laman web rasmi, aplikasi ERA dan RAKU serta kiriman SMS bermula 6 Mac 2018, pukul 1 tengahari hingga 8 April 2018, pukul 12 tengahari.
Klik di sini untuk melihat senarai top 20 AME 2018.
Rozaimi Zubaidi
Thu Jan 25 2018
Hafiz Hamidun Berjaya Gabung Elemen Islamik & Budaya Melayu Dalam Konsert Zikir Dikir - “Kalau Ikutkan, Idea Untuk…”
Tahniah Hafiz Hamidun!
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya untuk anda menyerlah dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.
[PROMO] TikTok X Astro - Gimme The Mic MY
Lelaki Kantoi Curi & Kumpul 675 Helai Seluar Dalam Wanita
Pelik tapi benar. Itulah yang boleh diperkatakan berkaitan satu perbuatan jenayah di mana seorang individu mencuri dan mengumpul sebanyak 675 helai seluar dalam wanita.
Aina Abdul Dikritik Bawa Lagu Whitney Houston, Tyra Kamaruzzaman Respon - “Wedding I Suka Hati Lah, Bey Soba Bey Pun Boleh”
Tuan badan punya wedding dah jawab.
Ke Kodiang With Love: Recap Episod 1 & 2 - Semua Effort Gagal, Agak-Agaknya Dapat Ke Ajib Pikat Naziah?
Bila buat perancangan nak pikat Naziah, ada sahaja masalah yang terpaksa dihadapi oleh Ajib. Persoalannya, adakah plan yang dirancang oleh Ajib untuk bersama Naziah akhirnya berjaya? Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap drama Ke Kodiang With Love.
Polis Jumpa Ular Dalam Seluar
Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup dua ekor ular yang disembunyikan di dalam seluarnya
Faisal Halim Kritikal, Tangan Kiri Sukar Bergerak
Doakan Faisal cepat sembuh