Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Yaakob memberi amaran aktiviti ziarah semasa sambutan Aidiladha boleh dikenakan sekirang kes COVID-19 meningkat.

Tambah beliau lagi, keputusan tersebut akan dibuat merujuk kepada nasihat Kementerian Kesihatan.

"Setakat ini belum disekat, raya haji seminggu lagi…Tapi harus diingat keadaan boleh berubah mengikut situasi semasa.“Sekarang ini pun kita tak sekat pengunjung datang ke rumah pada hari-hari biasa. Kita konsisten, jika hari biasa boleh berkunjung ke rumah, raya haji pun kita tidak menyekat.

"Bagaimanapun, situasi boleh berubah dalam masa sehari, dua hari. Kalau dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan, kalau ada peningkatan kes secara mendadak, kita akan mengubah SOP (prosedur operasi standard) dan polisi kita," tegas beliau pada sidang media, petang Khamis.Kerajaan sebelum ini menetapkan sekatan pergerakan rentas negeri, dan tempoh tersebut turut membabitkan sambutan Hari Raya Aidilfitri, balik kampung juga tidak dibenarkan.

Menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 31 Julai ini.