Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Belum, Tapi Tak Adalah Rasa Sunyi” – Henry Lau Dah 10 Tahun Tak Ada Kekasih

Mya Amri
26/11/2018 10:49 MYT
Bekas anggota kumpulan Super Junior, Henry Lau mendedahkan dia belum mempunyai kekasih sejak menceburi bidang seni pada tahun 2008.

Kata Henry, faktor itu kerana dia masih tidak bertemu wanita yang sesuai dan serasi dengan dirinya.

“Setakat ini, saya belum lagi menemui pasangan yang benar-benar sesuai dengan diri saya. Tetapi bagaimanapun saya tidaklah berasa sunyi,” katanya ringkas.

Henry memberitahu perkara itu menerusi program JTBC Give Me A Meal yang bersiaran baru-baru ini.

Tambah Henry lagi, dia sudah lama tidak bertemu dan amat merindu keluarganya yang berada di Canada

“Selalunya saya akan makan berseorangan. Dah lama saya dan keluarga tidak makan bersama sejak saya datang ke Korea,” ujarnya.

Sumber: Allkpop

Foto: Instagram @henrylau
#Penyanyi #Penyanyi #Artis Korea #Henry Lau
;