Hiburan
Belum Tayang, Squid Game 2 Dicalonkan Dalam Golden Globe Ke-82
Drama siri fenomena Squid Game 2 hanya akan ditayangkan pada 26 Disember 2024.
Meski belum ditayangkan secara rasmi, naskhah dari Korea Selatan ini telah mendapat pencalonan di anugerah Golden Globe ke-82.
BERITA TRENDING: Baru Keluar Trailer Squid Game 2, Player Nombor 333 Dah Jadi Perhatian - “Berlakon Power! Tak Tahu Jadi Psikopat Ke Good Boy”
Squid Game 2 akan bersaing dengan siri terkenal Hollywood termasuk Mr. & Mrs. Smith dan Show Horses (Apple TV+) menerusi kategori Best Television Series (Drama).
Antara drama lain yang tercalon adalah The Day of the Jackal dari Peacock, The Diplomat dari Netflix dan Shõgun dari FX/Hulu, lapor Soompi.
Menurut laporan sama, pihak Golden Globe sudah menonton drama yang dibintangi antaranya oleh Lee Jung Jae, Im Siwan, Kang Haneul dan Gong Yoo itu menerusi pencalonan yang dihantar sebelum 4 November lalu.
Anugerah Golden Globe ke-82 dijadual berlangsung pada 5 Januari 2025.
BERITA TRENDING: TOP Bigbang Muncul Dalam Trailer Squid Game 2, Peminat Tanya: “Jadi Villain?”
Terdahulu musim pertama Squid Game yang ditayangkan pada 2021 juga pernah menerima tiga pencalonan di Golden Globe ke-79.BERITA TRENDING: Bintang Squid Game, Lee Jung Jae Didakwa Terlibat Kes Penipuan, Bakal Disoal Siasat Polis
Ia termasuklah kategoriBest Television Series (Drama), Best Actor in a Television Series (Drama) untuk Lee Jung Jae, dan Best Supporting Actor (Television) untuk O Yeong Su.
Aktor O Yeong Su berhasil membawa pulang piala Best Supporting Actor sekaligus memecah rekod sebagai artis Korea pertama yang diiktiraf Anugerah Golden Globe.