Laman Utama
Ben Affleck 'Lepak' Rumah J.Lo, Hubungan Kembali Bertaut?
Hollywood sedang 'panas' dengan kisah dua selebriti popular mereka, Jennifer Lopez dan Ben Affleck yang dikatakan 'kembali bertaut' selepas J.Lo memutuskan tali pertunangan dengan Alex Rodriguez April lalu.
Untuk rekod, JLo dan Affleck pernah bertunang pada tahun 2002. Mereka sepatutnya berkahwin sekitar 2003 namun mengambil keputusan berpisah setahun kemudian yang disifatkan J.Lo sebagai kekecewaan terbesarnya dalam percintaan.
Kini, J.Lo dan Affleck kembali dilihat menghabiskan masa bersama sejak beberapa minggu lalu.
Advertisement
Affleck juga didakwa menghabiskan masanya di kediaman mewah penyanyi tersebut yang terletak di California.
Menurut laporan Page Six, satu sumber mendakwa, mereka belum lagi 'ditangkap' bersama, namun aktor berusia 48 tahun itu sudah tiga kali dilihat datang ke rumah mantan kekasihnya itu.
"Pengawal mengambil dan menghantarnya keluar dengan kenderaan SUV putih yang juga sering dinaiki J.Lo selepas menghabiskan masa di kediamannya," kata sumber tersebut.
Selain datang ke kediaman bintang berusia 51 tahun itu, Affleck juga diketahui pernah berada di sebuah hotel sehari sebelum J.Lo bertemu dengan mantan tunangnya, Rodriguez pada April lalu.
Affleck sebelum ini berpisah dengan kekasihnya, Ana de Armas pada Januari lalu.
Namun, saat hubungan mereka hangat diperkatakan, seorang kenalan rapat artis tersebut menafikan mereka sedang bercinta.
"Mereka hanya kawan. Hubungan cinta sudah lama berakhir dan tak akan bersama (sebagai kekasih) semula," kata sumber itu pula.
Kredit Foto: Huffpost.com
Must-Watch Video