Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ben Affleck Tak Pakai Cincin Kahwin, Tinggal Asing Dengan J. Lo

Maliah Surip
19/05/2024 13:55 MYT
Khabar keretakan rumah tangga pasangan selebriti terkenal dunia, Jennifer Lopez atau J.Lo dan suami, Ben Affleck seperti sudah tidak dapat dihentikan.

Selepas keduanya didakwa sudah tinggal berasingan, Affleck kini dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinan mereka.

Cincin

Affleck, 51, dirakamkan oleh lensa TMZ pada 17 Mei lalu tanpa cincin kahwin yang biasanya dipakai pada tangan kiri.

Kisah rumah tangga mereka tidak lagi harmoni dilaporkan sekitar sebulan lalu selepas peminat mendapati J.Lo dan Affleck tidak dirakamkan bersama selama 47 hari.

“Affleck dan J.Lo sedang berdepan masalah rumah tangga. Rumah tangga mereka mula bermasalah sejak beberapa bulan lalu.

“J.Lo sibuk mempersiapkan diri untuk siri jelajahnya dan Affleck telah keluar dari rumah agam mereka,” lapor Us Weekly.

Sehingga kini J.Lo atau Affleck masih belum memberi kenyataan rasmi tentang berita rumah tangga mereka yang didakwa goyah.

Affleck dan J.Lo berkahwin pada 2022 dan sebelum ini pernah putus tunang.

ARTIKEL BERKAITAN: J.Lo Kongsi ‘Look’ Perkahwinan Pertama, ‘Menggoda’ Di Sebalik Veil

ARTIKEL BERKAITAN: Kahwini Ben Affleck, J.LO: “Hidup Macam Roller Coaster”

#Ben Affleck #Jennifer Lopez #Rumah tangga #Berantakan
;