Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ben Ali, Nadiyah Shahab Diiktiraf Antara Individu Paling Berjaya Di Malaysia, Sebaris Michelle Yeoh, DG Hisham & Tun M

Amri Hassan
01/11/2020 01:50 MYT
Pasangan pelakon Ben Ali dan Nadiyah Shahab memanjatkan rasa syukur diiktiraf antara individu paling berjaya di Malaysia oleh sebuah syarikat penerbitan berpangkalan di United Kingdom, Britishpedia.

Dalam jurnal terbabit, Ben dan Nadiyah diletakkan sebaris dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes.

Selain itu, antara tokoh negara lain yang turut diiktiraf ialah tokoh perbankan terkemuka negara, Tan Sri Azman Hashim dan aktres tempatan yang melakar nama di persada dunia, Datuk Michelle Yeoh.

Kata Ben, ia merupakan penghargaan terbesar bagi mereka yang baru mula berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan.

"Terima kasih kepada Britishpedia, syarikat penerbitan antarabangsa berpengkalan di United Kingdom yang telah mengiktiraf saya & isteri untuk berada sebuku bersama tokoh-tokoh hebat yang lain.

"Ia merupakan satu penghargaan terbesar bagi kami berdua yang baru setahun jagung di dalam dunia keusahawanan.

"Masih banyak lagi yang perlu kami pelajari & perbaiki.

"Penghargaan kecil ini sedikit sebanyak membuatkan kami lebih bersemangat untuk mendaki dan berbakti," katanya.

Terima kasih kepada Britishpedia, syarikat penerbitan antarabangsa berpengkalan di United Kingdom yang telah mengiktiraf saya & isteri untuk berada sebuku bersama tokoh-tokoh hebat yang lain. Antaranya seperti Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Tan Sri Dr Noor Hisham, Tan Sri Tony Fernandes(Air Asia), Tan Sri Azman Hashim (Ambank), Micheal Yeoh dan ramai lagi. Ianya merupakan satu penghargaan terbesar bagi kami berdua yang baru setahun jagung di dalam dunia keusahawanan. Masih banyak lagi yang perlu kami pelajari & perbaiki. Penghargaan kecil ini sedikit sebanyak membuatkan kami lebih bersemangat untuk mendaki dan berbakti. Melalui perniagaan kami dibawah jenama @absolutchocolat @absolutfoodfest @absolutmanagement & di bawah syarikat Absolut Brands Sdn Bhd, diharap dapat memberi manfaat serta peluang untuk terus berkongsi rezeki. Doakan kami. Amin YRA ??

A post shared by Ali Nadzwan ?? (@bena1i) on


Ben mengusahakan perniagaan jenama Absolut Chocolat, Absolut Food Festivaala dan Absolut Management di bawah syarikat Absolut Brands Sdn. Bhd.
#Ben Ali #Nadiyah Shahab #Successful People in Malaysia