Pelakon kacak Ben Amir merupakan salah seorang bintang yang dilahirkan menerusi program pencarian Hero Remaja 2012.
Pertandingan itu turut disertai oleh rakan-rakan lain yang sudah terlebih dahulu menempa populariti dalam dunia hiburan seperti Fattah Amin, Syafiq Kyle, Saharul Ridzwan, Hafidz Roshdi, Hafreez Adam, Nazrief Nazri, Fendy Bakry dan ramai lagi.
Mengulas mengenai perkembangan kerjayanya yang dilihat sedikit perlahan berbanding rakan-rakan lain, Ben tidak terkesan dengan perkara terbabit.
"Perkembangan kerjaya saya semakin baik. 'Slowly but surely'. Bermula dengan peranan kecil dalam bidang lakonan, saya diberi peluang untuk menjayakan watak pembantu.
"Alhamdulillah, kini penerbit dan pengarah mula mempercayai saya untuk membawakan watak utama. Saya tak kisah naik lambat, biarlah saya belajar satu persatu dan bertatih dalam industri ini," kata Ben.
Mahu memperbaiki kelemahan diri, Ben juga ingin menjayakan pelbagai watak demi mengisi portfolionya sebagai seorang aktor.
"Saya mahu menjayakan pelbagai watak. Bagi saya, setiap hari yang saya tempuhi dalam bidang lakonan merupakan pengalaman baru dan saya masih belajar untuk menjadi yang terbaik," katanya.
Ben ditemui di set penggambaran webseries Dua di Seksyen 7, Shah Alam pada Isnin.
Menerusi drama bersiri arahan Michael Ang ini, Ben memegang watak sebagai Daniel.
Selain Ben, webseries ini turut menampilkan Sweet Qismina, Sarifah Sakinah dan Scha Alyahya.
Drama bersiri Dua ini bakal ditayangkan di portal Gempak pada awal November ini.
Kamaruddin Razal
Fri Oct 19 2018
"Bukan Marissa Seorang Yang Patut Dipersalahkan, Dulu Pun Saya Tak Pernah Salahkan Memey" - Abby Abadi
Pelakon Abby Abadi masih kurang mengerti tindakan netizen yang masih menyalahkan anaknya, Marissa Dania Hakim selepas bergelar isteri kedua Ahmad Aslam
Rasmi Bercerai Dengan Teuku Ryan, Hak Asuh Anak Jatuh Pada Ria Ricis
Drama rumah tangga YouTuber Indonesia, Ria Ricis dengan Teuku Ryan berpenghujung dengan penceraian.
Syasya Akui Tak Mudah Buat Keputusan Tinggalkan Dolla - “Luka Itu Lebih Besar Buat Diri Saya”
Tak mudah nak buat keputusan.
OH BABY KAMAL & UQASHA! - EPISOD 2
Kamal dah pandai bedung baby! Hahaha harini kita nak throwback Kamal & Uqasha pergi antenatal class. Untuk first time parents, kelas ni sangat digalakkan join untuk persediaan bersalin. Paling penting, mommies boleh belajar banyak knowledge yang berguna!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Tyra Kamaruzzaman Kini Isteri Pereka Fesyen, Terima Mas Kahwin RM1,111
Pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga pereka fesyen, Emran Rijal, pada petang Jumaat dengan sekali lafaz.
Netizen Sakit Hati NRF Siap Ajar Aliff Cara Bercakap - “Kena Cakap Berdepan Orang Tengok Muka Awak”
Netizen geram dengan NRF.
Ganti Kucing Hidup, Guna Anak Patung Doraemon Untuk Upacara Panggil Hujan!
Sebuah komuniti di Thailand menjadi tular, gara-gara menggunakan anak patung watak animasi Jepun, Doraemon menggantikan kucing hidup untuk upacara tradisional memanggil hujan.
Didi Astillah Dedah Perbualan Aliff Bersama NRF - “So Inilah Last Plan Dengan Si Ruhainies Tu Ya?”
Didi pula tampil dengan bukti tangkap layar perbualan Aliff.
B.I Bakal Beraksi Di Mega Star Arena, KL Menerusi B.I 2024 HYPE UP In Kuala Lumpur Pada 30 Jun Ini!
Bersedia untuk menikmati persembahan daripada penyanyi dan rapper popular, B.I menerusi konsert solo pertamanya, B.I 2024 HYPE UP In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, KL pada 30 Jun ini.
Bagi Kawal Populasi, Profesor Ini Cadang Makan Burung Merpati
Seorang profesor tempatan baru-baru ini memberikan solusi berani terhadap masalah lebihan populasi merpati di Pulau Pinang.