Laman Utama
Ben Amir Tak Pilih 'Bulu'
Pelakon Ben Amir, 30, menyatakan dia mempunyai alasan tersendiri meletakkan 'dinding' dalam diri.
Menurut Ben, dia tidak bersikap kurang ajar atau dingin seperti yang diperkatakan segelintir penggiat industri hiburan.
"Mungkin sesetengah orang suka dan mudah mesra, tetapi bukan saya. Memang diakui saya meletakkan 'dinding' di depan.
"Bagaimanapun, bukan bermakna saya bersikap kurang ajar. Kalau orang layan saya dengan baik, tentunya saya akan layan dengan baik.
"Tetapi sekiranya ada yang terlebih dulu bersikap kurang ajar, maaf saya tidak akan layan," katanya kepada Gempak.
Tegas pemilik nama Muhammad Amir Sabaruddin, dia tidak memilih bulu dalam kalangan rakan media untuk ditemubual.
"Saya tak memilih bulu dan tak pilih mana-mana wartawan untuk ditemubual.
"Setiap hari banyak mesej masuk ke telefon saya. Ada mesej daripada wartawan yang saya tak sempat nak layan.
"Saya boleh berikan kerjasama kepada media tapi saya lebih terbuka untuk bercerita mengenai kerjaya berbanding perkara peribadi," kata Ben.
Dalam pada itu, pelakon utama drama Sweet Dreams tidak kisah sekiranya dipinggirkan kerana perkara utama adalah karier lakonan.
"Terpulang kepada mereka.. Apa yang lebih penting adalah kerjaya lakonan saya," katanya lagi.
Terbaru, Ben bersama Naim Daniel dan pendatang baharu dalam industri seni, Bunga tampil dengan buah tangan terbaharu "Aku, Bunga".
'Aku, Bunga' ditayangkan mulai 13 Ogos di Astro First Eksklusif, saluran 480. Untuk pilihan alternatif, filem televisyen (FTV) ini juga boleh didapati di platform On Demand.
Must-Watch Video