Laman Utama
Ben & Jody: Action Scene Nampak Real! Guna Senjata Sebenar Rupanya, Tak Main Yang Fake! Ini Sebabnya:
Jika diberi pilihan untuk menyatakan salah satu babak menarik dalam filem Ben & Jody, sudah pasti ia berkaitan dengan ‘fighting scene’.
Sejujurnya sebahagian babak aksi dalam Ben & Jody cukup membuatkan kita rasa berdebar saat menonton.
Lebih-lebih lagi melihat penggunaan senjata-senjata tajam dan juga pistol yang digunakan oleh para pelakon.
Bagi yang belum mengetahui, sebenarnya alatan yang digunakan mereka sebenarnya adalah senjata asli.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh penerbit Ben & Jody, Christian Imanuell yang menyatakan mereka menggunakan senjata asli dengan peluru kosong.
Bagaimanapun jangan bimbang kerana sepanjang penggambaran, penggunaan senjata api diawasi oleh pihak yang berpengalaman.
“Walaupun menggunakan peluru kosong, ada beberapa jarak yang perlu kami patuhi untuk melakukan tembakan,” katanya.
Malah sutradara Ben & Jody, Angga Dwimas Sasongko juga menjelaskan sebab mereka menggunakan senjata asli.
“Kalau adegan tembak menembak itu sebenarnya kami menggunakan ‘practical effect. Jadi kami pakai peluru ‘hampa beneran’.
“Saya mahukan percikan api itu dirakamkan dengan baik di kamera, kerana ini adalah babak aksi. Jadi saya mahukan babak itu kelihatan nyata dan praktikal,” jelasnya.
Lebih hebat lagi, filem ini juga membabitkan pelakon aksi hebat Indonesia iaitu Yayan Ruhian yang melakonkan watak Aa Tubir.
Selain Yayan, Ben & Jody dibintangi oleh Chicco Jerikho (Ben), Rio Dewanto (Jody), Hana Prinantina (Rinjani) dan ramai lagi.
Saksikan Ben & Jody yang ditayangkan terus di pawagam rumah anda iaitu Astro First.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ben & Jody juga mula ditayangkan di Netflix bermula 9 Jun 2022.
Sumber: Kompas.com
Must-Watch Video