gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
From Saga With Love Diiktiraf Antarabangsa, Lonjak Pelancongan Malaysia Ke Jepun
HIBURAN
"Berpisah Di Dunia Hanya Sementara, Kita Akan Berkumpul Lagi Di Akhirat" - Ibu Aliff Aziz
VIRAL
Isu Lagu Remix Dua Lipa & Bollywood Dalam Majlis Selawat, Imam Masjid Merbok Mohon Maaf - "Sebagai Menebus Kesalahan Saya Sedekahkan..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Benarkah Mereka Yang Cantik & Kacak Sukar Dijangkiti COVID-19? Saintis Berpendapat…

Izwan Isa
Izwan Isa
23/02/2022
13:50 MYT
Sponsor Banner
Benarkah Mereka Yang Cantik & Kacak Sukar Dijangkiti COVID-19? Saintis Berpendapat…
Saintis berpendapat yang semakin cantik wajah seseorang, semakin tinggi kadar imuniti dalam tubuh mereka, sekaligus merendahkan risiko untuk terjangkit COVID-19.
Menerusi laporan The Sun, hal ini dapat mungkin dapat merungkai persoalan mengapa ada sebilangan daripada rakan anda yang masih ‘kebal’ daripada virus berkenaan.
Teori yang diketengahkan itu diuji ke atas darah 79 wanita dan 80 lelaki di Texas Christian University.
Kemudian, 492 individu telah diminta untuk memberikan markah terhadap tahap kecantikan dan kekacakan kelompok wanita dan lelaki itu mengikut gambar yang disediakan.
Bagaimanapun, menerusi kajian berkenaan, pemahaman berkenaan cantiknya wajah berubah mengikut masa dan budaya.
“Ciri-ciri seperti kulit yang cerah, tulang pipi yang menonjol, mata bundar dan bibir merah dianggap sebagai ciri-ciri menarik dalam sejarah kemanusiaan,” ujar satu kajian yang diterbitkan oleh Proceedings of the Royal Society B.
Dalam kajian, wajah simetri juga secara konsisten terbukti sebagai ciri yang disukai. Kajian mendapati bahawa peserta yang paling menarik mempunyai imuniti yang lebih baik dalam sampel darah mereka.
Misalnya, mereka memiliki level fagositosis lebih tinggi - "proses di mana sel darah putih tertentu menelan partikel asing" - yang berguna untuk melawan penyakit yang berpunca daripada bakteria.
Para penyelidik juga mencadangkan bahawa bukan kecantikan seseorang yang membuatkan mereka kurang berkemungkinan untuk sakit.
Sebaliknya, sistem imunisasi mereka yang sangat berfungsi menjadikan mereka kelihatan lebih cantik, seperti yang diundi oleh orang lain.
Foto kredit: Victoria Krivchenkova (Unsplash)
Topic Berkaitan
#Cantik
#Kacak
#COVID-19
#Jangkit
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement