Laman Utama

Benarkan YouTuber Alami Sakit Ganjil Rakam Diri, Lee Hyori Mengaku Cemas Dikenali

gempak
Maliah Surip
20/12/2023
11:45 MYT
Sponsor Banner
Benarkan YouTuber Alami Sakit Ganjil Rakam Diri, Lee Hyori Mengaku Cemas Dikenali
Seorang YouTuber yang menaiki pesawat sama dan duduk di sebelah Lee Hyori berkongsi pengalamannya selepas mendapat layanan baik daripada bintang terkenal tersebut.

BERITA TRENDING: “Mungkin Sukar Disebabkan Usia Saya” - Lee Hyori Teringin Cahaya Mata, Peminat Beri Semangat…

Pengalaman itu malah dirakamkan dan dimuat naik di saluran YouTube miliknya dengan kebenaran Lee Hyori.
Menerusi episod yang diberi judul Deep Talk with Lee Hyori, Met by Chance, dia memberitahu menghidap penyakit kulit yang sangat ganjil dikenali sebagai Epidermolysis Bullosa.
Mereka yang duduk bersebelahan dalam penerbangan ke Pulau Jeju itu kemudian bersembang dan Hyori telah mencadangkan agar aktiviti dirakamkan.
Menerusi rakaman yang dikongsi, Hyori mendedahkan dia sering berasa cemas setiap kali disapa peminat.
“Saya akan berasa cemas apabila ada orang yang mengenali saya. Sejujurnya ada ketika saya rasa kurang selesa.
“Ada yang ingin dilayan dengan istimewa sementara orang terkenal mahu menjalani hidup yang biasa,” kata Hyori kepada YouTuber tersebut seperti dilaporkan AllKPop.

PILIHAN PEMBACA: Karaoke Tanpa Masker di Tengah Pandemi Covid 19, YoonA dan Lee Hyori Minta Maaf

Hyori juga telah memberi pesanan kepada YouTuber tersebut agar kuat dan bertahan melawan penyakitnya.
“Walaupun di hospital, teruskan melawan penyakit anda,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024