"Benda Baik Tu Hangpa Ikutlah, Benda Yang Tak Baik Tu Toksah Ambik..." - Pengikut Rizalman Nak Cecah Sejuta

Badrul Hashim
April 13, 2020 10:00 MYT
Bekas pereka fesyen terkemuka negara, Datuk Rizalman Ibrahim pastinya gembira kerana pengikut beliau di Instagram sudah hampir mencecah sejuta orang.
Dalam satu entri di Instagramnya, Datuk Rizalman ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengikutnya sejak awal lagi.
"Tak patut sangat la kan kalau aku tak ucap terima kasih kat hangpa semua followers aku sejak dari mula-mula dulu sampai la ni dok tak jemu2 mengadap IG aku / diari kehidupan aku yang penuh dengan peristiwa suka, duka, maneh, pait dan segala mak nenek lagi.
IG jugak merupakan satu platform untuk kita membuat kebaikkan dan sebaliknya. Bayangkan segala kebaikan di kongsi bersama jumlah silaturahim yg terjalin sesama kita dalam @rizalman71," tulis Rizalman dalam loghat utara.
Tambahnya, apa yang baik yang dikongsinya bolehlah diikut oleh sesiapa yang mahu mengikutinya, dan apa yang tidak baik, jangan diambil menjadi tauladan.
"Aku pun tak sempurna juga. Macam hangpa jugaklah. Jadinya, di ambang ini, aku nak share lah sedikit rezeki dengan hangpa beberapa deretan hadiah untuk diberikan secara percuma!
"Hadiah-hadiah menarik seperti bekalan #tneeq, #riayan, #rihijab, #rimushaf, #ritwilly, #riloyang , #ricandle dan beberapa lagi akan di berikan sbagai lambang silaturahim kita penduduk di RIZALMAN71.
Tambah Rizalman, hadiah-hadiah tersebut adalah sebagai perkongsian rezeki di antara beliau dan pengikut-pengikutnya di Instagram.
Pada 21 Februari lalu, Datuk Rizalman mengumumkan persaraannya sebagai pereka fesyen pada pertunjukan fesyen terakhirnya di Istana Budaya.
#Instagram #Datuk Rizalman