Buang yang keruh ambil yang jernih, mungkin itu yang dipraktikkan pelakon Nonny Nadirah pada Syawal ini apabila dia menyambut Hari Raya bersama bekas suaminya, Mustain Adnan.

Menerusi entri di Instagramnya, Nonny memuat naik video berdurasi 8.48 saat memaparkan suasana di dapur bersama bekas suaminya itu.

"Hari pertama raya, berkawan lebih baik. Allah SWT maha baik, doakan saja yang baik-baik," katanya pada entri terbabit.

A post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah) on


Melihat kemesraan dan keserasian antara Nonny dan bekas suami, warganet turut mengharapkan sesuatu yang baik bakal terjalin semula.

Malah, tidak kurang juga netizen yang sebak melihat kedua-dua masih berkawan walaupun telah berpisah beberapa bulan lalu.

Ini antara komen mereka:



Buat pengetahuan anda, rumah tangga dibina Nonny dan bekas suaimnya itu musnah sekitar Mac lalu.

Terdahulu, Nonny dan Mustain mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2018 selepas perkenalan selama sembilan tahun.