"Benda Boleh 'Settle', Boleh Bawak Bincang" - PU Amin Bersemuka Dengan Caprice

Rozaimi Zubaidi
Oktober 9, 2018 08:25 MYT
Pendakwah muda, Pencetus Ummah (PU) Amin mengakui setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan dakwah.
Menerusi entri di Instagram (IG), Amin berkongsi gambar bersama penyanyi rap popular, Caprice ketika menghadiri satu program rakaman, semalam.
"Benda boleh settle, boleh bawak bincang. Move on dengan dakwah. Cara masing-masing.
"Target nak kumpul ramai-ramai dalam Syurga Allah. Walau tak layak ke Syurga, tapi hakikatnya itulah perkampungan ‘Akhir’ yang diharapkan.
"Perbezaan itu satu keunikan," tulisnya.
Rata-rata mengakui kagum dengan kesungguhan Amin menyampaikan dakwah namun mereka berharapkan agar dia lebih berhati-hati ketika memberi teguran agar tidak menyinggung perasaan orang lain.
Sebelum ini, Caprice telah menegur tindakan Amin berkenaan kenyataan yang dibuatnya berkaitan bencana yang menimpa Lombok dan Palu.
Caprice mengakui tidak bersetuju dengan kenyataan terbabit dan menegur Amin menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
#Caprice #Pendakwah muda #PU Amin