Hiburan

“Benda Paling Rindu, Nak Pergi Studio Dan Lepak Mamak” - Aizat Amdan

gempak
Mya Amri
18/05/2020
14:00 MYT
Sponsor Banner
“Benda Paling Rindu, Nak Pergi Studio Dan Lepak Mamak” - Aizat Amdan
Penyanyi Aizat Amdan akui merindui saat untuk kembali membuat persembahan dan bekerja di studio.
Bagaimanapun kata Aizat, dia akur dengan saranan kerajaan yang melanjutkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) demi kebaikan bersama.
“Saya rasa paling rindu nak jumpa orang, lepak mamak, pekena teh tarik. Selain itu saya paling rindu dengan studio saya, orang datang buat rekoding, rindu juga nak buat persembahan.
“Memang sebelum ini ada buat show di YouTube tetapi perasaan tu sama dengan yang betul-betul. Rasa tak puas hati sebab tak dapat tengok penonton,” katanya ketika ditemu bual Gempak menerusi segmen #ArtisDudukDiam.
Mengulas mengenai keadaan semasa, Aizat melahirkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk menghabiskan masa bersama keluarga.
“Situasi seperti ini tidak pernah dilalui dalam hidup kita semua. Saya pun bnyak meluangkan masa dengan keluarga di rumah.
“Antara perubahan yang dapat dirasai adalah saya kini lebih prihatin dengan keadaan sekeliling. Sebab sebelum ini kita selalu bergerak sebagai contoh pergi ke pejabat, keluar jalan, macam saya selalu buat show dan juga kerap ke studio. Kali ini lebih berhati-hati.
“Dapat luangkan masa dengan keluarga itu adalah perkara yang saya paling bersyukur sekali. Saya dapat ambil masa untuk berborak, tanya khabar mereka.
“Entah, jika difikirkan kembali dah lama kita tidak berbual atau duduk bersembang dengan keluarga betul-betul, jadi saya rasa ini adalah peluang yang baik,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Aizat kini muncul dengan lagu terbaharu berjudul Dup Dup bersama penyayi rap wanita yang dikenali dengan imej bertudung iaitu Bunga.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024