“Benda Tu ‘Makan’ Diri Saya” - Isu Tiket Mahal, Aina Abdul Kecewa ‘Value’ Dipertikai, Siap Dibandingkan Dengan…
Isu membabitkan nilai harga tiket konsert yang tercetus sejak bulan lalu sedikit sebanyak memberi impak terhadap diri penyanyi bersuara lunak Aina Abdul.
Menurut Aina, dia akui harga tiket A Night With Aina Abdul 2.0 menjadi persoalan buat kebanyakan netizen, malah ada yang marah apabila harga sedemikian diletakkan.
“Benda ni jadi satu persoalan dan netizen marah dengan Aina, sebab letak harga begitu.
“Mereka kaitkan dengan value Aina sebagai penyanyi, berapa lama dalam industri dan compare figura-figura saya idolakan.
“Saya rasa macam comparison itu tak adil, saya percaya value itu tak patut diukur dengan berapa lama dalam industri.
“Sebahagian dalam diri, saya nak prove them wrong, bukan kerana berapa mudanya kamu dalam industri atau berapa lamanya kamu,” katanya.
Tambahnya, dia cuba untuk mengendahkan apa yang diperkatakan netizen, namun ia sedikit sebanyak telah ‘memakan’ diri.
“For me, saya tak kisah apa org cakap, tapi lama-lama benda tu makan diri saya sikit.
“Cabaran itu adalah untuk menjawab soalan-soalan itu.
“Dan how saya nak bagi point jawapan tu tak affect saya, but sometimes ia beri kesan saya mentally,” katanya.
Aina berkata demikian majlis sidang media konsert A Night With Aina Abdul (ANWAA)l 2.0 yang berlangsung di EQ Kuala Lumpur, petang semalam.
Difahamkan, jualan tiket ANWAA menerima sambutan positif dan sudah dijual lebih 85 peratus.
BACA: “Harap Ada Sinar Menanti” - Konsert Aina Abdul Masih Berstatus Self Funded? Ini Sebabnya!