,
Hiburan

"Benda Yang Kita Nak Lawan Tu Lagi Halus Dari Kuman .." – Diperli Kerana Pakai Sarung Tangan, Saharul Ridzwan Bidas Sindiran…

Zulaikha Yusof
19/03/2020
04:08 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan mendedahkan telah menerima kata-kata sindiran daripada beberapa orang lelaki yang tinggal berdekatan di rumahnya.
Menurut Saharul, akibat keluar ke kedai dengan memakai sarung tangan, dia menjadi mangsa perlian.
"Jadi tadi saya keluar kejap pergi kedai kat kawasan rumah saya.
"Terjumpa dengan 2 orang pemuda, seronok dorang sembang sambil hembus asap rokok. Lepas tu gelak-gelak.
"Tak pakai mask, tak pakai gloves, apa pun takde. Dia tegur saya, badan ketul-ketul pun pakai sarung tangan ke bang. Malas aku layan kau, terus chow malas ambik pot," kongsinya di Instagram (IG) semalam.
Tambah pelakon drama Selafaz Cinta itu, dia menegaskan soal keselamatan tidak boleh dipandang remeh kerana COVID-19 tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
"Derr, ni bukan soal badan ketul, badan kuat, tapi benda yang kita nak lawan tu lagi halus dari kuman, mana nak nampak.
"Dumbell sebesar alam tu bolehlah elak, tu pun kadang-kadang terlanggar jugak dekat keting. Keluar air mata woo.
"Jangan buat main soal keselamatan. Apa yang kita boleh buat utk elak, kita elaklah.
"Tak kira hebat kebal tara mana pun kita, kita ni tetap hamba Allah yang lemah. ALLAH datangkan 'lawan' paling kecik je untuk kita, menggelupur, tak ada apa yang boleh kita buat.
"Kecuali, doa pada Allah, usaha dan tawakal. Solat jangan tinggal," tulisnya lagi.

"Badan ketul2 pun pakai gloves ke bang" . So tadi sy keluar kejap pergi kedai kat area rumah sy. Terjumpa dengan 2 orang pemuda, seronok dorang sembang sambil hembus asap rokok. Lepas tu gelak2. Tak pakai mask, tak pakai gloves, apa pun takde. Dia tegur saya, "badan ketul2 pun pakai gloves ke bang" . Malas aku layan kau, terus chow malas ambik pot . Derr, ni bukan soal badan ketul, badan kuat, tapi benda yang kita nak lawan tu lagi halus dari kuman, mana nak nampak. Dumbell sebesar alam tu bolehla elak, tu pun kadang2 terlanggar jugak dekat keting. Keluar air mata woo ? . Jangan buat main soal keselamatan. Apa yang kita boleh buat utk elak, kita elak lah. Tak kira hebat kebal tara mana pun kita, kita ni tetap hamba Allah yang lemah.ALLAH datangkan "lawan" paling kecik je utk kita, mengelupur, tak ada apa yang boleh kita buat. KECUALI, doa pada ALLAH, usaha dan tawakal . Solat jangan tinggal. Salam Maghrib.

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 790 orang dengan dua rekod kematian.
Daripada jumlah tersebut, seramai 728 orang sedang dirawat di hospital, manakala 60 orang telah pun pulih.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Hiburan

“Dengan Pengorbanan Akan Datangkan Kemanisan” - Saharul Ridzwan

gempak
21/05/2024
13:55 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi momen terakhir dia membersihkan rumahnya di Cyberjaya yang bakal menjadi milik orang lain tidak lama lagi.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.