Bengang Konsert Dibatalkan Saat Akhir, Netizen 'Korek' Keputusan Percubaan SPM Penganjur One Love Music
Isu pembatalan Konsert One Love Music Festival yang dilakukan pada saat akhir masih hangat diperkatakan di media sosial.
Rata-rata netizen terutamanya pembeli tiket meluahkan rasa bengang dengan tindakan yang dilakukan oleh penganjur, Tuff KL.
Kongsi keputusan peperiksaan
Malah sehinggakan ada individu yang berkongsi keputusan peperiksaan percubaan SPM penganjur yang juga pengasas Tuff KL, Muhammad Zul Aqil.
“Ha kau refund duit aku sekarang,” tulis individu tersebut.
Perkara tersebut berlaku selepas penganjur difahamkan telah meletakkan nombor kad pengenalannnya menerusi kenyataan rasmi pengunguman pembatalan konsert.
Sekadar info, Konsert One Love Music Festival yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di MAEPS, Serdang pada 21 Disember lalu dibatalkan pada sehari sebelum acara.
Penganjur juga pengasas Tuff KL memaklumkan keputusan itu diambil berikutan kekurangan dana bagi menampung kos penganjuran.
Malah, pihaknya turut memohon maaf atas segala kesulitan dan akan berusaha untuk proses pengambalian wang kepada pembeli tiket.
ARTIKEL BERKAITAN: Feby Putri & Nadin Amizah Kecewa Dah Sampai Malaysia Tapi Konsert Batal Saat Akhir - “Buang Masa, Tenaga”
ARTIKEL BERKAITAN: Dah Soundcheck, Drama Band Terkejut Konsert One Love Music Batal Saat Akhir - “Kami Pun Tak Dapat Jangka”
ARTIKEL BERKAITAN: Sehari Sebelum Berlangsung, One Love Music Festival Dibatalkan Saat Akhir Kerana Kurang Dana
Sekadar info, One Love Music Festival bagi edisi kali ini merupakan sebuah acara muzik membabitkan penampilan 12 penyanyi dan band dari Malaysia dan Indonesia.
Antaranya termasuk Hujan, Drama Band, Masdo, Insomniacks, Bunkface, Drama Band, 53 Universe, Gerhana Ska Cinta selain Salma Salsabil, Nadin Amizah serta Nabila Taqiyyah.