Skip to main content

Trend Pasaran

Bentang Tikar, Iftar Ramai-Ramai Atas Jalan Raya, Netizen Risaukan Keselamatan Sekumpulan Individu Ini - "Bahaya Ni..."

untitled-design-(82)_1.jpg

Tiba sahaja bulan Ramadan, pasti ramai umat Islam yang mengambil peluang berbuka puasa di luar bersama rakan-rakan mahupun keluarga demi merapatkan lagi silaturrahim.

Bagaimanapun, menerusi satu video tular di media sosial, sekumpulan individu ini mempunyai definisi ‘makan luar’ yang berbeza apabila upacara iftar mereka diadakan di atas jalan raya.

Dalam perkongsian berdurasi 20 saat berkenaan, memperlihatkan sekumpulan individu yang dipercayai mempunyai pertalian darah antara satu sama lain itu menjamu selera di atas tikar yang dibentang secara langsung di tengah jalan.

Bukan itu sahaja, keluarga berikut juga dapat dilihat seperti tidak risau dengan kehadiran mana-mana kenderaan di atas jalan raya berkenaan.
 

Must-Watch Video

Advertisement