Antarabangsa

Bentley Bentayga gaya Bengala lebih brutal

gempak
Erywan
17/06/2019
01:49 MYT
Sponsor Banner
Bentley Bentayga gaya Bengala lebih brutal
Bengala Automotive, sebuah firma rekaaan Sepanyol mengumumkan rancangan untuk menawarkan 15 unit Bentley Bentayga yang ditala hingga memperlihatkan lebih brutal.
Aspek modifikasi yang dilakukan mengubah wajah asal jentera itu dengan pemadanan lampu LED pada bahagian bampar kustom. Jerij jentrea ini pula dinaik taraf hingga membuatkannya nampak seperti seteru kepada model Rezvani Tank.
Bagi menampakkan model itu kelihatan lebih agresif, arca roda diluaskan untuk membolehkan pemakaian tayar bersaiz lebih besar.
Bagi program kustom persendirian itu, Bengala menerusi laman sesawangnya mengumumkan kerjasama dengan satu kumpulan pakar sukan rali Sepanyol.
Ini menjadi jawapan kepada pembawakan elemen sport mewah, tetapi prestasi luar biasa tanpa menjejaskan wajah brutalnya.
Sistem suspensi asal dikeluarkan dan digantikan dengan jenis berprestasi untuk meningkatkan keupayaan bagi aktiviti menjelajah permukaan mencabar.
Bagaimanapun, tiada maklumat didedahkan mengenai modifikasi enjin atau harga jentera edisi terhad ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024