Kaya dengan pelbagai khazanah makanan pelbagai rasa, sesiapa sahaja akan berasa sukar untuk mencalonkan destinasi makanan terbaik di Asia Tenggara.

Namun begitu, Booking.com telah menyusun senarai destinasi restoran dan lokasi makanan di Asia Tenggara yang paling banyak dipilih mengikut pengguna platform global mereka.

Dalam kedudukan tiga teratas ialah bandar raya yang paling banyak dikunjungi di rantau ini, iaitu Bangkok, Kuala Lumpur dan Singapura.

Ketiga-tiga negara ini telah memperoleh kelayakan kulinari sebagai lokasi perpaduan budaya dan masakan serantau, selain turut memiliki banyak restoran antarabangsa.

Berikut merupakan senarai lengkap yang dipetik daripada Booking.com:

1. Bangkok
2. Singapura
3. Kuala Lumpur
4. Chiang Mai
5. Ho Chi Minh City
6. Ubud
7. Melaka
8. Hanoi
9. Seminyak
10. Patong Beach



Sumber: Statista, Booking.com

BERITA TRENDING: Kuala Lumpur Di Tangga Ke-18 Bandar Terbaik Dunia 2024, Kalahkan Dubai & Las Vegas!

BERITA TRENDING: Kuching Diiktiraf Bandar Ke 10 Terbersih Di Dunia, Kuala Lumpur Pula Di Kedudukan…