Laman Utama
Berada Di New York, Ibu Bapa Gantikan Daiyan Trisha Ke Malam AIM - “My Syurga Wakilkan Saya..”
Walaupun tidak membawa pulang trofi bagi dua kategori yang dipertandingkan di Anugerah Industri Muzik 23 (AIM) pada malam tadi, penyanyi Daiyan Trisha meluahkan rasa gembira apabila dirinya diwakili ibu dan bapa ke acara berprestij tersebut.
Menerusi laman sosial Instagram, Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 29, berkongsi foto kedua ibu bapanya yang duduk di kerusi tertera namanya.
Difahamkan Daiyan kini berada di New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri beberapa acara fesyen.
“My syurga wakilkan for me tonight. I love you so much mummy dan papa. Terima kasih kerana melakukan semua ini. Mereka sangat cute saya nak menangis,” tulisnya di ruangan IG Story.
Dalam pada itu, aktres drama bersiri Projek Anchor SPM itu turut berasa bangga dapat lolos ke senarai Top 5 walaupun tidak mengondol sebarang trofi untuk kategori Lagu Pop Terbaik dan Video Muzik Terbaik.
“Tahniah kepada semua pemenang. Maaf saya tidak menang tapi dapat tercalon pun dah buat saya rasa gembira. Dan dapat melihat ibu bapa saya menikmati masa mereka berdua sudah cukup bagi saya.
“Terima kasih di atas pencalonan ini, saya betul-betul hargai RIM. Terima kasih kerana anjurkan AIM tahun ini kerana ia sangat bermakna kepada barisan artis dan pencipta,” ujarnya lagi.
Dalam majlis yang berlangsung penuh debaran di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi, lagu Goodbye Hello dinobatkan Lagu Pop Terbaik manakala kategori Video Muzik Terbaik jatuh ke tangan Janna Nick menerusi lagu Gatal.look at my beautiful parents representing me tonight ?? #AIM23 pic.twitter.com/WBkpd57Tva— Daiyan Trisha (@daiyantrisha) September 11, 2022
Must-Watch Video